Thursday 30 December 2010

oh aku



sekarang sudah pagi. tunggu lina mandi. jap lagi pegi makan. sebenarnye masih banyak rantaian kerja yang masih x disimpul mati. silap haribulan, salah simpul, aku yang mati. haha;) sebenarnye niat nak balik jb itu ada, apakan daya hajat x sampai. sebab asek nak menyimpul kerje je. tapi itu tidak mengapa, mungkin nanti lain hari aku pulang. janagn tunggu aku. aku sekejap sahaja di sini. :) bertemankan angin melaka, hujan rintik2 yang sampai dari Bandung, aku bahagia. mungkin rindu itu seharusnya hadir. dan aku sedang menikmatinya. rindu pada lensa kamera yang kini di johor. tuhan, aku mahu pulang benar. tapi hati ku masih dini. aku masih belum selesai dengan urusanku segala. oh ya, matlamat ku jadi buntu. di mana ya aku yang dulu? tuhan aku mohon kau temukan aku kembali dengan diri ku. tidak mahu seperti ini selamanya. 

okay stop. semalam malam sebelum tidur aku dibuai bersama musik. aizat amdan. dia itu benar-benar mengagumkan. manusia apa dia itu sehingga berjaya menawan jiwa ku? haha :) moga sahaja bahagia itu selalu bersamamu aizat. esok dan hari lusa. begitu percobaan yang harus aku tempuhi, untuk aku lalui. sedar, aku bukan yang terpantas untuk menggondol yang tertinggi, cuma aku impikan dan ingin saja aku memiliki yang terbaik . doa dari ibu dan restu dari ayah. itu aku benar-benar butuh saat ini. usaha ku juga kian sepi dari bahang yang lalu. pertemu kan aku kembali dengan mereka.