Thursday 30 December 2010

disini, aku bukan menanti sepi

berjalan orang dengan langkah yang pantas. yang pastinya tidak bisa aku soroti dengan langkah kecilku.
mencintai dunia juga bagaikan sesuatu yang fantasi bagi mereka. kerana popular itu bagaikan satu tiket syurga bagi mereka. biasalah, baru naik menjadi selebriti dan dunia lama ditinggalkan sepi. lupakah kau pada waktu-waktu malam mu yang lalu? mengungkit kisah mu bukan nawaitu ku, sekadar mahu mengingatkan mu tentang rencana yang telah kau tulis pada diari-diari usang mu. untuk apa kau tinggalkan kebahagian mu dan mengejar derita bertopengkan bahagia? apa sudah butakah matamu yang dulunya tajam dan bisa mencangkupi hati- hati yang melihat ke arahmu.sedarkah kau kini kau kelihatanya gondol di sebalik serbanmu?


-bosan di pagi hari.